Tolong Share!!!Siapa Dapat Jumpa Jem Dapat RM1,000 Dari Fazura

PETALING JAYA: Pelakon Fazura meminta bantuan orang ramai untuk mencari kucing kasayangannya yang disedari hilang beberapa minggu lalu.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin ini turut menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui kucing berkenaan.
“Masih hilang!, tolong cari kucing saya, kali terakhir kelihatan di Parkville Sunway Damansara RM1,000 ganjaran menanti anda),” tulisnya.

Sementara itu, Fazura berkata, kucing yang bernama Jem itu merupakan haiwan kesayangan keluarga mereka yang hilang di rumah keluarganya di sini.

Selain itu, Fazura meminta bantuan tersebut berikutan kawasan tempat tinggal keluarganya tidak boleh menampal sebarang poster untuk tujuan mencari kucing tersebut.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubunginya menerusi mesej peribadi di Instagram.

“Kami sayang Jem dan sangat merinduinya,” tulisnya

Sumber:Mstar

Article Berkaitan:

Pasangan Fattah dan Fazura pilih 25 Februari untuk majlis resepsi

Kredit Foto:Elle Malaysia

KUALA LUMPUR : Pasangan sama cantik sama padan yang masih hangat diperkatakan, Fattah Amin dan Nur Fazura memilih 25 Februari ini sebagai tarikh majlis persandingan mereka, lapor beberapa media tempatan

Sesi romantis pasangan ini sejak disatukan dalam satu majlis tertutup pada 27 November lalu menunjukkan kebahagiaan yang dikecapi pasangan pengantin baharu ini walau hampir selepas tiga bulan bernikah.

Pihak Fattah Amin dan Fazura juga dilaporkan sudah mula mengedarkan kad jemputan kepada pihak media dan akan meraikan hari bahagia itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sebelum ini, pasangan dengan gelaran #Fattzura yang dicipta peminat mereka diijabkabulkan seminggu selepas pengumuman pertunangan mereka dalam satu sidang media khas.

Sumber:AstroAwani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*